Gambar: Satu Lagi Lakonan Bodoh Burukkan BERSIH


Satu lagi skrip dangkal telah dicipta untuk menjahanamkan perhimpunan BERSIH adalah melakukan satu jalan cerita bahawa BERSIH adalah ganas dan boleh menyebabkan negara dalam keadaan huru-hara. Rakyat mungkin boleh berfikir dari mana provokasi ini cuba dicetuskan.

Sebelum ini Ban Jir ada menulis artikel yang bertajuk "Baju BERSIH 2.0 Akan diguna 'SB' Untuk Sabotaj?". Ini mugkin juga benar terhadap artikel tersebut kerana hanya pihak yang merampas sahaja mempunyai baju kuning BERSIH yang begitu banyak. 




Paling bodoh rancangan mereka ialah mengapa perlu ada beg yang berisi baju BERSIH yang perlu dibawa semasa menyertai perhimpunan aman sedangkan yang memiliki baju BERSIH sehelai pun akan dirampas inikan mahu pergi menyertai demostrasi.

BERSIH juga sebelum ini telah menyatakan bahawa perhimpunan itu aman dan tiada sebarang provokasi kecuali provokasi daripada pihak polis dan puak-puak anti BERSIH. Macam mana beg yang begitu rapi cuba dibawa semasa ke perhimpunan BERSIH itu penuh dengan parang dan petrol? 

Maka sahlah yang membawa ini adalah seperti yang Ban Jir tulis dalam artikel sebelum ini. Mereka akan melakukan huru-hara bagi mengalihkan perhatian dan memsabitkan bahawa perhimpunan BERSIH adalah ganas. Inilah perancangan sebenar mereka.

Sumber dalaman mengatakan bahawa rampasan baju BERSIH yang menggila semenjak akhir-akhir ini adalah untuk tujuan menimbulkan provokasi pada 9 Julai nanti. Baju tersebut dirampas untuk seberapa banyak bagi memberi laluan untuk Patriot, PEKIDA, PERKASA, Pemuda UMNO, NGO dan "Special Branch" untuk menyelinap masuk ke dalam kumpulan BERSIH yang tulin.

Kumpulan yang menyamar sebagai peserta BERSIH akan melakukan sabotaj yang akan mengundang provokasi untuk media UMNO/BN seperti Berita Harian, Utusan, TV3 dan yang berkaitan media pro-UMNO. Tujuan mereka adalah untuk dirakam oleh media mereka kerana untuk memburukkan imej BERSIH yang terlalu ganas. Ia akan dilaksanakan seperti sebuah lakonan yang hebat oleh puak-puak anti BERSIH. Baca penuh disini



Comments

Fazan said…
Rasanya, blog ni pro PR. Cuma saya musykil sikit, nape dok boh TV online tu TV1 haram jadah. Tak dak satu pekdah pun ngan TV1 ni. Kan banyak TV online pro PR, nape tal selitkan?
otaklunyai said…
kasihan... depa pakat2 buat keja boddo... adusss malu nyeeeee ada pasokan macam nih... awat la hang boddo sangat...