Persenda Hukum dan Agama

Melihat rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) edisi jumaat 18 Mac 2011 yang sedang berlintas langsung dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor. Kijang terkejut semua pengacaranya bertudung tidak seperti hari-hari yang lain.

Kijang ingat mereka telah berubah dan telah menerima hidayah kebetulan pula hari ini ialah hari yang pertama dalam Islam iaitu hari Jumaat. Kijang tidak mengesyaki apa-apa kerana bagi Kijang hari ini hari mulia tidak seperti hari-hari yang lain.

Sebelum ini pun Kijang sudah mengetahui bahawa pengacara ini sentiasa retorik dalam mengenakan pakaian yang kononnya menunjukkan ciri-ciri Islam tetapi pakaian yang Islamik itu hanya sekadar fesyen untuk tontonan umum semata-mata.

Banyak kategori dalam menutup aurat dalam Malaysia ini termasuk mengenakan tudung yang mana sebelum ini dalam kategori "free hair". Antara contoh bertudung secara "on the spot" ialah bila mana ada kematian, semasa dalam kamar mahkamah atau ke mahkamah syariah, masuk dalam masjid, ketika akad nikah, bila tiba hari jumaat dan terkini berada dalam Universiti Islam.

Retorik seperti inilah yang menjadi barah serta fesyen ikutan anak-anak muda generasi hari ini. Mereka terlalu mempersendakan agama seperti gurauan mainan dalam kelas ketika berumur 10-15 tahun sebelum mencecah alam remaja.

Tambahan pula dicampur dengan kebodohan PM hari ini yang cuba menjadikan Islam Sederhana. Dulu Islam Hadhari, kini Islam Sederhana dan selamanya Islam apa pula? Inilah barah jika negara diperintah oleh manusia yang jahil. Islam baru diada-adakan dan ditokok tambah.

Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W belum lagi mereka ikuti tetapi memandai-mandai mewujudkan Islam yang baru. Dalam agama tiada banyak Islam. Hanya Islam itu berlandaskan al-Quran, dan Hadis serta Ijmak dan Qias.

Sama-sama kita selamatkan Malaysia dari kedurjanaan pemimpin yang zalim serta memporak-perandakan agama dengan mewujudkan Islam Sederhana. Islam Sederhana ini wujud dikalangan orang yang menolak Islam seperti kerajaan sekarang.

Islam Hadhari (Abdullah Badawi) ialah yang diamalkan separuh hari iaitu Had Hari sebagai contoh siang hari program kesyukuran dan malam hari program melalak dan menyalak dengan hiburan yang melalaikan. Itulah punca remaja hari ini ramai yang terbabas dari landasan agama.

Islam Sederhana (Najib Razak) ialah amalan yang dilakukan tidak boleh terlalu keras seperti menolak hukum hudud. Bagi beliau, menolak kepimpinan Yusof al-Qardawi kerana terlalu ekstrim sedangkan pada tahun 2009, Najiblah yang memberi anugerah kepada beliau. Najib mencanang Islam Sederhana dan berguru dengan Hillary Clinton.

Sekarang siapa yang tolak Islam? Anda semua boleh memikirkannya untuk masa depan anak bangsa, agama dan negara.

Comments