Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Video: Kemalangan Maut di Bukit Antarabangsa

Monday, 20 May 2013

Sepasang suami-isteri dan dua saudara mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di Kuala Lumpur semalam.

Mereka yang maut ialah Hasbullah Abdul Ghani, 26, dan isteri Nurul Intan Syahida, 22, serta dua sepupu isteri pemandu kereta itu, Tengku Ahmad Faiz Tengku Muhamad, 28, dan Asma Ismail, 22.

"Kemalangan itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal dan kesemua mangsa mati di tempat kejadian," kata jurucakap polis trafik.

Beliau berkata dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu, kereta Perodua Viva yang dipandu Hasbullah dilanggar sebuah kereta Proton Satria yang terbabas sebelum sekali lagi dilanggar sebuah kereta lain.

Kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa dipercayai mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang itu terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang dan melanggar kereta Perodua Viva.

Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya.

Seorang penunggang motosikal yang turut terlibat dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang.

- Bernama
READ MORE - Video: Kemalangan Maut di Bukit Antarabangsa

Virus Berbahaya Menyerang Asia Boleh Membawa Maut

Friday, 26 April 2013


BEIJING - Pihak berkuasa di beberapa negara Asia mengetatkan saringan terhadap pelancong dari China dalam usaha mengekang penyebaran virus selesema burung H7N9 di negara masing-masing.

Sehingga kini, H7N9 telah menjangkiti 109 orang di China sejak virus itu mula dikesan pada Mac lalu dengan 23 orang maut.

Terkini, penyakit maut itu telah menjangkiti seorang warga Taiwan.

Susulan perkembangan tersebut, pihak berkuasa Taiwan memberitahu, mereka akan melakukan ujian kesihatan ke atas pelancong di pintu masuk lapangan terbang yang menunjukkan simptom seperti panas badan atau demam.

Pihak berkuasa Vietnam mula menyaring suhu badan penumpang di lapangan terbang negara itu manakala kerajaan Jepun akan membenarkan pihak berkuasa lapangan terbang dan pelabuhan memeriksa suhu badan pelawat dari China bermula bulan depan.

Di Thailand, Menteri Kesihatan Pradit Sintawanarong berkata, negara itu perlu meningkatkan langkah berjaga-jaga dengan pelan menangani wabak itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri Yingluck Shinawatra tidak lama lagi.

"Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat risiko virus H7N9 merebak ke Thailand," kata Sintawanarong.

Dalam pada itu, di Singapura, institusi-institusi kesihatan di pulau tersebut kini diletakkan dalam keadaan siapsiaga berhubung penularan wabak H7N9.

Langkah tersebut dilaksanakan sehari selepas seorang pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan, virus H7N9 merupakan virus selesema burung yang paling berisiko membawa maut kepada manusia.

Setakat ini, jangkitan virus berbahaya itu dilaporkan berpunca daripada unggas yang sakit manakala saintis-saintis semakin hampir untuk mengesahkan sama ada H7N9 turut merebak daripada manusia kepada manusia. - Reuters

READ MORE - Virus Berbahaya Menyerang Asia Boleh Membawa Maut

UMNO Sebar Video Seks, Selepas Itu Saman Mustafa Ali.

Tuesday, 23 April 2013





KUALA LUMPUR: Umno memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.


Pihak media memperoleh salinan writ itu hari ini. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno hari ini memberitahu pemberita bahawa Umno memfailkan saman itu atas alasan artikel berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci.

"Umno mahu menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor ini dan tidak terlibat langsung," katanya dan menurutnya Umno juga mahu mendapatkan keadilan.

Dalam writ itu, Umno menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan ketua pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

Umno mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di laman portal www.malaysiakini.com.

Umno juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah Umno di ceramah awam di markas PAS Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai Umno di laman portal HarakahDaily.net.

Umno mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa Umno yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negara ini terhadap Umno tanpa menghiraukan sensitiviti.

Umno berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia.

Umno mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star.

Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12 April lalu telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net.

Umno mendakwa pada 15 April lalu, Umno melalui peguam caranya, Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif.

Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi Umno telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia. - BERNAMA

P/s: Engkau sebar, lepas tu engkau saman.. SHIT la UMNO
READ MORE - UMNO Sebar Video Seks, Selepas Itu Saman Mustafa Ali.

Jurugambar RTM Mati Tertekan Hon


GUA MUSANG: Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Mohamed Yaakub, 61, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik di depan rumahnya berhampiran Markas PAS di Bandar Lama di sini awal hari ini.

Kejadian itu berlaku di hadapan isterinya, Wan Thahirah Wan Ibrahim, 52, yang menyedarinya selepas arwah suaminya menekan hon kereta beberapa kali sejurus tiba di depan rumah kira-kira 12.45 pagi.

Wan Thahirah berkata terkejut dengan bunyi hon itu, beliau bergegas membuka tingkap untuk melihat apa sedang berlaku.

Katanya, hon yang dibunyikan arwah suaminya itu bertujuan supaya kenderaan yang menghalang laluan dialihkan pemiliknya, namun kemudian timbul pergaduhan menyebabkan wanita itu menjerit supaya ia dihentikan.

"Selepas itu, tiga lelaki datang membantu suami saya masuk ke dalam rumah dalam keadaan lemah dan sesak nafas," katanya.

Beliau berkata suaminya sempat menelan ubat jantung, tetapi keadaannya bertambah tenat sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Jenazah Allahyarham dibedah siasat di hospital itu sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian.

Wan Thahirah berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 3 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Mengakui suaminya memang mempunyai penyakit jantung, beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian pergaduhan itu dan berharap polis menjalankan siasatan rapi.

Polis setakat ini belum membuat kenyataan berhubung insiden itu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan di sini tengah hari tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak. - BERNAMA

P/s: Hon punya pasal.. Sakit jantung dan salahkan parti politik.. Al-fatihah
READ MORE - Jurugambar RTM Mati Tertekan Hon

Panas: Inilah Punca Kuliah Azhar Idrus Berpindah Lokasi

Sunday, 21 April 2013

Surat JAIM

Rupa-rupanya inilah puncanya kuliah Azahar Idrus di Surau Krubong terpaksa dipindahkan ke lokasi di tanah di Bukit Katil. Jabatan Agama Islam Melaka mempunyai skandal untuk menghalang kuliah tersebut setelah diugut oleh gangster setelah laporan polis dibuat mengenai kewujudan pusat judi haram dan snooker yang dibuat oleh penduduk Taman Krubong Perdana.

Walaupun penduduk Taman Krubong Perdana itu telah membuat laporan pada hujung tahun lalu, namun tindakan pengecut jabatan agama dalam membanteras kegiatan judi dan snooker yang melibatkan penduduk yang majoritinya adalah orang Islam.

Dendam ini bermula dengan campur tangan pihak yang mahu melindungi pusat judi dan juga mereka yang tidak mahu sebarang aktiviti kuliah agama. Dengan alasan Ustaz Azhar Idrus adalah penceramah luar dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Melaka. Ini merupakan penghinaan kepada mereka yang ingin menyampaikan kuliah tetapi aktiviti judi yang dilaporkan tidak ditangani dengan betul.

Laporan polis

Berikut ialah premis-premis yang tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa walaupun laporan polis telah dibuat:

1. NO.13 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA
2. NO.19 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA
3. NO.37 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA
4. NO 57 JALAN KP 1 TAMAN KRUBONG PERDANA

Kegiatan itu telah berlanjutan lebih setahun yang lalu dan memorandum mengumpulkan tandatangan seramai 130 penduduk telah dilakukan dan diserahkan kepada pihak yang terbabit:

1. PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA
2. PEJABAT SUK NEGERI MELAKA
3. DATUK BANDAR MBMB
4. KETUA POLIS MELAKA
5. PEJABAT AGAMA NEGERI MELAKA

Walaupun telah dibuat laporan ia masih berleuasa. Penduduk taman bimbang berlaku jenayah kecurian dan pecah rumah. Datuk Bandar MBMB juga menyatakan bahawa premis itu tidak mendapat lesen tetapi masih beroperasi.

P/s: Patutlah Islam di Melaka mati. Duit zakat pun kena songlap.
READ MORE - Panas: Inilah Punca Kuliah Azhar Idrus Berpindah Lokasi

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat