Pendapatan Tambahan Melalui Dadah


LANGKAWI: Seorang pemandu bot pelancong dikesan melakukan pekerjaan sambilan dengan menjual dadah bagi mencari sumber pendapatan tambahan.

Kegiatan suspek terbongkar selepas ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di Kampung Nyiur Chabang, di sini pada jam 12 tengah malam tadi.

Ia turut membawa kepada penemuan heroin dan syabu bernilai kira-kira RM8,000 yang dipercayai untuk diedarkan di pasaran setempat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan ketika berjalan kaki sambil membawa beg silang dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika ditahan suspek yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong bertindak agresif dan cuba melarikan diri, namun gagal meloloskan diri.

“Pemeriksaan dalam beg silang miliknya menemui dua peket plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 97.40 gram,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata, dalam beg silang sama polis turut menemui dua peket plastik lutsinar lagi mengandungi syabu seberat 76.70 gram.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Dadah dirampas dianggarkan bernilai RM8,000 dipercayai untuk diedarkan kepada penagih di kawasan berhampiran,” katanya.

Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Comments

Unknown said…
If you're attempting to burn fat then you certainly have to get on this totally brand new custom keto diet.

To design this service, certified nutritionists, fitness trainers, and professional cooks joined together to provide keto meal plans that are powerful, painless, economically-efficient, and enjoyable.

From their grand opening in 2019, 1000's of individuals have already transformed their figure and well-being with the benefits a professional keto diet can offer.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones given by the keto diet.