Thursday, 16 February 2012

Siri 13: Melaka Panas!! SPR Dalam Infineon Berkempen untuk BN




Kerja-kerja tambahan dalam melengkapkan pilihan raya adalah berkempen bagi pihak Barisan Nasional. Maklumat diterima mereka akan datang ke kilang yang terletak di Batu Berendam bagi kerja-kerja seperti mereka lakukan di UTeM dan MMU tempoh hari.

Dikhabarkan Ali Rustam akan datang ke kilang tersebut. Untuk apa itu masih dalam siasatan pihak kami. Nampak gayanya BN Melaka akan tumbang dengan dahsyat kalau dikutkan kerja-kerja haram yang mereka lakukan ini dan apa fungsi SPR untuk berkempen bagi pihak BN?

Adakah SPR ini sebuah komponen BN yang ke-15? Berapa bayaran yang diterima oleh SPR untuk menjadikan darah daging itu haram untuk dimamah oleh api neraka? Sanggupkah pegawai yang terlibat terlibat untuk memberi sesuap makanan kepada keluarga daripada rezeki yang haram?

Adakah UMNO yang diterajui oleh Ketua Menteri sanggup buat apa sahaja asalkan BN tidak tumbang? Bersediakah UMNO untuk tumbang?

Mengikut polisi kilang yang pihak admin terima, sebarang kempen politik tidak dibenarkan dalam kilang tersebut namun keegoan BN terus menjadikan agensi-agensi sebagai tempat mereka berkempen bagi menjamin kemenangan mereka.

0 Komen: