Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Thursday, 29 December 2011

Siri 3: Melaka Panas!! UTEM Kampus Seterusnya Tukar Alamat


Melaka dalam keadaan kritikal. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Ketua Menteri Melaka sedang bergiat aktif mendaftar mahasiswa untuk pertukaran alamat tempat mengundi ke Parliemn Bukit Katil.

Kegiatan itu dilakukan pada hari Selasa bertarikh 27 Disember 2011 dan setakat semalam 28 Disember 2011, mahasiswa telah ditarik untuk membuat pertukaran alamat bermula jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang. Kegiatan itu dilakukan dikolej kediaman UTEM.

Kegiatan ini akan berlangsung sehingga ke hari Jumaat ini iaitu pada 30 Disember 2011. Sebelum ini UiTM kampus Bandaraya Melaka menjadi sasaran SPR dan JPN dan pada hari ini kampus UTEM Durian Tunggal menjadi sasaran SPR dan JPN dalam proses menukarkan alamat mahasiswa supaya mengundi UMNO/BN di Parlimen Bukit Katil.

Berikut adalah yang terlibat dalam kaitan pertukaran alamat mahasiswa UiTM dan UTEM ini adalah Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia, Ketua Menteri Melaka, Speaker DUN Melaka, Naib Canselor UTEM, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Negara.

Selain itu, anak kepada Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Yaakob Md Amin iaitu Mohd Asri Bin Yaakob. Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS), pihak kampus UiTM Bandaraya Melaka dan mahasiswa UiTM yang ditugaskan untuk mencari mahasiswa baru.

Klik imej untuk pembesaran

Di atas adalah bukti yang dapat dijejaki oleh pihak admin kami. Pendaftaran ini akan berakhir pada jumaat jam 5.00 petang memandangkan hari sabtu pada 31 Disember 2011 adalah hari cuti. Mereka mempunya masa kurang daripada 48 jam untuk mendaftar nama mahasiswa ke Parlimen Bukit Katil.

Ikuti pendedahan ini dari semasa ke semasa dan akan dibongkar siapakah wakil GPMS yang menjadi dalang menyarankan pelajar supaya menukarkan alamat tempat mengundi serta video-video dan dokumen-dokumen lain akan menyusul.

1 comments:

nur sabun said...
This comment has been removed by the author.