Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Saturday, 16 July 2011

Skuad Sayang Tangkap Peserta Demostran BERSIH?


Patutlah kenapa polis tidak berani memakai nombor rupanya bukan kerana takut nombor mereka diambil oleh peserta demostran untuk didakwa, rupa-rupanya dalam pasukan polis itu ada puak-puak UMNO yang bekerjasama dengan polis ketika penangkapan peserta demonstrasi.

Seorang pimpinan perempuan dari Pakatan Rakyat telah memberitahu bahawa beliau dan setiausahanya telah ditangkap ketika mahu pulang ke Klang ketika menaiki komuter di KL Central. Beliau dan tahanan lain telah dihantar ke Balai Polis Jinjang, Kepong selama dua jam berada dalam trak polis dan tidak dibenarkan turun.

Beliau juga mendesak untuk turun menunaikan solat namun telah dihalang dan tidak dibenarkan ke bilik air walaupun sekejap. Keadaan demikian boleh dibenarkan sekiranya semua tahanan telah dihantar ke Pulapol. Dua jam terpaksa dudk dalam trak polis.

Beliau hairan kerana yang menangkapnya bukan anggota polis tetapi wanita berpakaian merah seperti skuad sayang UMNO atau warna merah unit Patriot. Ketika mereka menangkap, beliau meminta kad pengenalan diri dari perempuan itu namun tidak ditunjuk sebaliknya beliau ditarik dan dipaksa oleh perempuan tersebut.

Apakah pihak polis juga terlibat dalam menjadikan wanita UMNO sebagai pasukan tambahan dalam penangkapan peserta BERSIH itu? Memang sah bahawa UMNO ada disebalik polis dan bertindak ganas terhadap peserta demonstrasi BERSIH.


0 comments: