Nampak gayanya barangan berwarna kuning sudah menjadi warna sensitif kepada pihak polis? Apakah yang yang dilakukan kepada peminat warna kuning setelah pihak polis tidak membenarkan penjualan pakaian berwarna kuning dalam Malaysia.
Maka cacatlah negara Malaysia sekiranya warna kuning itu diharamkan oleh pihak polis. Syarikat telekomunikasi dalam Malaysia yang menggunakan logo kuning terpaksa diharamkan dari beroperasi sekiranya tindakan ini dilakukan.
Bagaimana dengan kenderaan yang berwarna kuning? Adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengharamkan dari digunakan di atas jalan raya semata-mata ia berkaitan dengan warna tema Perhimpunan BERSIH semat-mata.
Makanan yang dijual mungkin juga akan terkena tempiasnya kerana seperti jagung dan isi durian sudah tentu berwarna kuning. Kemungkinan buah-buah tersebut akan dibahas dalam Parlimen supaya tidak dijual kepada orang ramai kerana warna kuning itu terlalu sensitif kepada pihak tertentu.
Pihak bomba berkemungkinan menukarkan warna pili bomba yang ada ditepi jalan gara-gara warna kuning yang menjadi perhatian pihak polis sekarang. Pihak bomba terpaksa menukar warna kuning kepada merah jambu sesuai dengan warna puteri UMNO yang sekarang heboh pasal kes khalwat.
Perhiasan pokok bunga terutamanya bunga matahari mungkin akan menjadi ancaman kepada Pihak Berkuasa Tempatan ekoran warna bunga tersebut berwarna kuning sejajar dengan warna tema Bersih. Begitulah nasib bunga matahari yang mungkin akan diharamkan di Malaysia ini.
Hidupan marin turut terkena tempias akan diharamkan warna kuning. Apakah nasib ikan Nemo yang menjadi maskot untuk Terengganu akan diharamkan juga setelah maskot ikan Nemo ini menggantikan penyu yang hampir pupus. Malang sungguh nasib ikan Nemo.
Bagaimana dengan bayi yang terkena demam kuning? Adakah mereka akan diharamkan untuk meneruskan kehidupan seperti bayi-bayi yang lain? Jangan kerana warna, rakyat tertawakan pihak polis dengan kebodohan atas faktor warna.
Comments