UMNO Tidak Jadi Kahwin Dengan DAP - Muhyiddin


Semalam dalam posting Ban Jir [klik] ada menyentuh mengenai BN mahu kahwin dengan DAP tetapi hari ini tiba-tiba anak kepada BN iaitu UMNO tidak mahu BN kahwin dengan DAP atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Mungkin kerana UMNO telah berputus asa kerana sebelum ini UMNO mahu kahwin dengan PAS kerana mahu melihat melayu bersatu tetapi PAS tidak mahu dengan sifat munafik UMNO yang hanya cakap kosong.

Semalam ada orang UMNO kata DAP mempunyai ciri-ciri yang sama dan idea yang selari. Berikut ialah kata-kata beliau sebelum Muhyiddin keluarkan kenyataan tidak jadi kahwin dengan DAP.
Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa. -  Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Tiba-tiba kedengaran suara yang kurang enak dari kem Muhyiddin yang tidak mahu kawin dengan DAP. Mugkin UMNO takut DAP jadikan Malaysia seperti negara Cina sedangkan MCA dan Gerakan itu adalah parti bangsa Arab dan Siam?
Saya hendak ingatkan orang Melayu, inilah parti (DAP) yang paling cauvinis.

Dia berjuang untuk Malaysian Malaysia tetapi sejarah perjuangan DAP dari dulu hingga sekarang saya tahu terlalu cauvinistik. - Muhyiddin Yassin

Comments