UMNO Gila Meroyan Lagi Mahu MCA dan Gerakan Keluar BN


Setelah gagal memujuk PAS untuk menyertai BN, kali ini parti seks itu pula cuba memujuk DAP untuk menyertai BN tetapi mereka tidak berani untuk 'berkahwin' dengan PKR kerana mereka bimbang segala skandal UMNO akan ditelanjangkan oleh PKR.

Memang sah bahawa UMNO sekarang tidak lagi kuat kerana sudah menunjukkan gila meroyannya untuk kahwin dengan DAP dan sebelum ini dengan PAS. Bukankah UMNO sebelum ini tuduh DAP itu parti yang akan membinasakan negara tiba-tiba mahu 'berkahwin'.

Melalui tulisan (Utusan) yang disiarkan Jumaat 20 Mei itu, Nordin Kardi memberikan hujah-hujahnya kenapa Umno perlu menerima DAP sebagai rakannya selepas MCA dan Gerakan membuat pelbagai perangai. Namun begitu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak laporan itu dengan berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan mustahil DAP meninggalkan Pakatan Rakyat buat masa sekarang.

Dalam tulisannya di Utusan, Nordin Kardi berhujah, ideologi DAP lebih dekat dengan Umno berbanding dengan MCA dan Gerakan yang ada sekarang.

Tambahan pula dengan karenah kedua-dua parti itu sehingga Umno perlu menyebut kepadanya, "take of leave it".

Tiba-tiba UMNO memuji PAPdan DAP dan mengatakan DAP merupakan parti yang paling dekat dengan Melayu. Bodoh punya UMNO. Bawah ini petikan dari Utushit yang lalu.

Pemimpin MCA muncul atas kepentingan peluang perniagaan kontrak di Malaysia yang selama ini dimonopoli oleh syarikat-syarikat Inggeris berbanding PAP (Lee Kuan Yew) muncul atas kebimbangan kaum Cina akan diketuai oleh penganut-penganut komunis.
Ini bermaksud DAP yang berkongsi ideologi dengan PAP itu secocok dengan ideologi Umno yang telah menyingkirkan pemimpin yang cenderung kepada faham kiri. 
Kuan Yew pernah memenjarakan Lim Chin Siong, yang pernah berjuang bersamanya, kerana dikatakan komunis, mirip tindakan Umno menolak beberapa pejuang kemerdekaan yang dikatakan berhaluan kiri.
Jika hal begini diambil kira, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa. -  Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara dan juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
Bukan itu sahaja, dalam tulisan Nordin ini juga tiba-tiba konsep yang dibawa oleh DAP lebih kurang sama dengan konsep yang dibawa oleh Najib dan sesuai diamalkan di Malaysia ini. Lagi bangang punya pemimpin UMNO seperti di bawah ini.
Tuntutan "Malaysian Malaysia" DAP sebelum ini adalah selaras dengan apa yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib sekarang iaitu 1 Malaysia.
Pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN - tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan “Malaysian Malaysia” sudah terangkum dalam “Satu Malaysia”, dasar semuanya inklusif — mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN. Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN.
Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN. Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak? - Nordin.
Nampak gayanya UMNO/BN sudah nak mampus dalam muka bumi politik ini. Sudah tidak yakin dengan kawan-kawan komponen yang lain. UMNO/BN jangan ingat PR ini pelacur untuk dilanggan sesuka hati. Biarlah BN sahaja yang jadi parti seks dan pelanggan pelacur. Usah babitkan parti lain lain.

Sumber lain boleh didapati seperti di bawah




Comments