Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Friday, 15 April 2011

Sarawak: Pasar Satok Akan di Roboh Kerana Tidak Sokong BN?


Pasar Tamu Satok yang terkenal dengan lubok jualan ikan terubuk bakal menghadapi perobohan dari pihak yang berkuasa. Pasar tersebut akan dirobohkan bagi menggantikan Pasar yang baru terletak dalam 2 kilometer dari tapak utama sekarang. Keadaan pasar baru yang bakal dipindahkan tidak sesuai dengan keadaan dan tidak strategik kepada pelancong.

Rungutan dari peniaga adalah berkaitan keadaan pasar yang tidak menggambarkan sebuah pasar basah. Keadaan Pasar Tamu Satok pada hari ini tidak mempunyai bekalan air yang bersih memandangkan jualan ikan memerlukan bekalan air dari sumber utama. Sudahlah pasar tersebut terletak di tengah-tengah bandar Satok tetapi tidak ada air lebih kurang dalam 10 tahun lebih.

Inilah tangki simpanan air "curi"

Pili air yang digunakan untuk Pasar Tamu Satok

Hos yang menghubungkan pair dengan tangki simpanan Pasar Tamu Satok

Tangki simpanan air

Para peniaga terpaksa "mencuri" air di sebatang pili air berdekatan dengan bangunan sebelah pasar tersebut seperti dalam gambar. Punca air diperlukan bagi memastikan keadaan pasar dapat dibersihkan kerana di pasar tersebut mempunyai jualan berkaitan barangan basah. Keadaan yang berlaku tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Pihak berwajib telah dimaklumkan tentang perkara ini namun tiada sebarang tindakan iambil bagi mengatasi masalah ketiadaan air di Pasar Tamu Satok ini. Tindakan peniaga "mencuri" air juga diketahui oleh pihak berwajib namun mereka membutakan mata sahaja.

Bukan setakat air yang tiada di sana tetapi kemudahan tandas awam turut tiada dan ini amat menyusahkan peniaga dan pengunjung untuk menggunakan tandas. Mereka terpaksa mencari tandas yang berdekatan untuk kegunaan "rasmi". Kebanyakkan peniaga dan pengunjung adalah dari sekitar bandar Kuching dan menjadi tempat tumpuan utama pelancong.

Kebanyakkan pelancong yang datang ke Pasar Tamu Satok adalah pelancong dari semenanjung. Mereka kebiasaan datang ke pasar tersebut untuk mencari ikan terubok yang popular di kalangan masyarakat Sarawak.



Para peniaga mengharapkan agar tidak dipindahkan ke kawasan baru iaitu di Kubah Ria yang mana lokasi baru pasar yang akan berpindah tempat dari Pasar Tamu Satok ke Kubah Ria. Peniaga merungut kerana di Kubah Ria keadaan jalan yang selalu sesak jika dibandingkan di Pasar Tamu Satok ini. Mereka juga berkata pasar yang baru itu tidak strategik kepada pelancong berbanding dengan Pasar Tamu Satok ini.

Mereka mengharapkan ada sesuatu tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa tempatan supaya mereka dapat meneruskan perniagaan seperti sedia kala memandangkan itulah hasil pencarian mereka. Jika mereka berpindah, pelancong mungkin tidak ramai seperti sekarang.



Tanda oleh kijang59 - Hakcipta kijang59

0 comments: