Monday, 18 April 2011

Polis Tidak Berminat dengan Jam Omega


Siasatan polis berhubung rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang telah siap dan menunggu masa untuk dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.


P/s: Nik Suriani, polis tidak minta pun jam tangan Omega. Kamu je yang lebih-lebih tau. Cuma polis kata video seks itu tulin je.Tapi dia tidak kata pelakon itu tulin sebab dia takut jadi macam telur ayam palsu. Hehe. Nik Suriani menjadi idola kerana LURAH DENDAMNYA



Tanda oleh kijang59 - Hakcipta kijang59

0 Komen: