Poco-poco vs Porno-porno

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Katanya, oleh kerana isu tarian itu merupakan isu nasional, ia perlu dibincangkan di peringkat pusat supaya ia dapat diselaraskan di semua negeri.

"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini di peringkat muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Harussani dilaporkan berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

P/s: Mana mufti untuk keluarkan fatwa porno. Fatwa poco-poco laju seperti kilat tetapi fatwa porno-porno seperti menyukainya

Comments