Polis Kecewa Video Seks Gagal, Kacau Ceramah Anwar

Dato Seri Hitler

Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi. Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.

Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau. Tambahnya, tindakan tersebut juga membuktikan bahawa pihak UMNO/BN takut kepada kebangkitan rakyat yang menolak fitnah yang dilemparkan.

Pihak polis terlalu takut dengan UMNO/BN menyebabkan mereka mengganggu ceramah yang diadakan oleh PKR itu. Dalam kejadian malam tadi, hadirin tidak puashati dengan arahan polis supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh.

Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan. Akibat kekecohan itu, beberapa hadirin tercedera termasuk wartawan dan pimpinan AMK sendiri. Tiga anggota AMK turut ditahan polis.

p/s: Video seks gagal, polis pula yang tidak puas hati. Betullah apa yang dikatakan oleh Hitler. Takkan tiada orang yang mirip Anwar. Shah Rukh Khan pun ada. Apa guna beri gelaran Dato? Hahaha

Comments