Kepala Treler Tergantung di Jambatan

Anggota-anggota bomba di sini berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori treler air yang tergantung di bahu lebuh raya selepas ia berlanggar dengan sebuah kereta Honda, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba Forth Worth, Tim Hardmen berkata, anggota-anggotanya menggunakan tangga dan peralatan abah-abah untuk mengeluarkan pemandu yang berada dalam keadaan menggeletar dari ruang pemandu pada ketinggian 15.24 meter.

Operasi menyelamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi Rabu lalu itu melibatkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam kereta Honda.

Kereta itu tersepit di antara treler dengan penghadang di lebuh raya.

Pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan kecil.

Sumber: Agensi

Comments