Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Tuesday, 1 February 2011

Banjir Naik, Minyak Naik, Hujan Turun

Di Labis banjir masih lagi belum pulih sepenuhnya. Keadaan semakin buruk sehinggakan ramai yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas pusat pengundian ditutup jam 5 petang maka shift untuk pusat pemindahan telah dibuka menggantikan pusat pembuangan undi.

Banjir sudah naik kata seorang penduduk yang mengundi BN. Maka seluruh penduduk yang mengundi BN berkata kepada yang lain bahawa kita harus bersabar dengan banjir yang naik ini kerana hanya banjir sahaja yang naik belum lagi harga makanan yang naik.

JKKK pula berkata, jangan risau sebab banjir yang naik tidak diapung oleh kerajaan maka akan surut pada bila-bila masa. Lepas ini kita buat penstrukturan banjir untuk diselaraskan kenaikan paras banjir supaya rakyat tidak terbeban akibat kenaikan paras air yang begitu mendadak.

Pemuda UMNO berkata, sebagai orang Melayu kita kena mempertahankan bangsa kita demi menjaga nama baik Malaysia di mata dunia. Walau banjir sekali pun, ia tetap mempertahankan orang Melayu yang hampir hanyut. Kita perlu bersabar kerana banjir ini akan membuatkan kita lebih ketuanan melayu. 

Kita perlu julang keris untuk membuktikan bahawa keadaan sekalipun kita tetap membela rakyat. Bodohnya mereka. Banjir pun mahu julang keris lagi ke? Bukan julang keris tetapi punggah rakyat dengan bot. Tidak kedengaran Azhar Ibrahim turun membantu mangsa banjir. Sudah lemas agaknya?

Hujan turun dengan lebat tidak memberikan kesan untuk harga minyak RON 97 turun ke satu tahap yang paling murah. Kenaikan harga minyak ini disebabkan oleh apungan air banjir yang menyebabkan kenaikan dari RM2.40/liter kepada RM2.50/liter.

Kerajaan patut memikirkan bagaimana untuk mengapung air banjir dengan kenaikan harga minyak serta kejatuhan air hujan yang lebat supaya penstrukturan subsidi diberikan kepada rakyat secara rata. Terima kasih kerajaan BN menaikan harga minyak dikala air hujan sentiasa turun dan tidak pernah naik walau air banjir dan minyak naik harga.

1 comments:

joecharlie said...

GOTAH NAIK 3 HINGGIT, SAWIT NAIK 30 HINGGIT MINYAK SEPOSEN AJA TAK PATOT TAK PATOT....NAIK SEHINGGIT BARU PATOT PASAL SEPOSEN MACAM TAIK GIGI AJE.SEHINGGIT BARU MACAM TAIK HIDONG MASIN MACAM hamPAS.....