Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Tuesday, 18 January 2011

Khir Toyo Beri Kroni RM63 juta


Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan Dr Mohamad Khir Toyo ketika berkuasa, memberi sekurang-kurangnya lima projek bernilai kira-kira 63 juta secara terus kepada sebuah syarikat yang dipercayai kroni bekas Menteri Besar Itu.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata lima projek runding terus diberi kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai berbeza termasuk pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 dengan nilai RM22,880,000 bagi fasa 1 dan fasa 2 (RM61 juta).
Katanya, tiga lagi projek ialah mereka bentuk, membina dan menyiapkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju (RM71,080,000), cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama,  Sepang (RM73,750,871.53) dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, Dengkil (RM14,999,000)
Beliau berkata, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd turut diberi projek secara penswastaan.
“Getrahome mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Sepang bernilai RM16 juta pada 2000.
“Kanasutra pula diberi projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas Tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta, sbelum dibatalkan pada 27 Januari lalu,” katanya.
Faekah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember 2010 membuat keputusan untuk mendedahkan maklumat dan nilai projek yang diberi kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni, didedah kepada umum.
Mengikut kenyataan media, beliau berkata, pendedahan itu bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.
“Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran Pakatan Rakyat yang menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.
“Kerajaan negeri berpendapat maklumat ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya, menambah ia juga mengelak timbul tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri menjelang perbicaraan kes Dr Khir.
Dr Khir didakwa mendapatkan dirinya dan Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya,  Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia  dibeli Ditamas  dengan harga RM6.5 juta.
Faekah berkata, kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada mana-mana syarikat termasuk yang dimiliki Shamsudin.

0 comments: