Gambar Semasa Penamaan Calon






Berikut adalah gambar-gambar penamaan calon yang berlangsung pada pagi tadi di DUN Tenang N.05. Video provokasi dan panas akan menyusul pada posting yang terdekat yang mana provokasi melibatkan mat rempit upahan UMNO/BN untuk menggangu solat hajat dan provokasi daripada pihak keselamatan.

Ikuti kami dari semasa ke semasa untuk mengetahui keadaan terkini di DUN N.05 Tenang. Kehadiran penyokong Pakatan Rakyat pada sebelah pagi tadi adalah kira-kira lebih 85,000 orang yang mengiringi calon mereka dari PAS yang mesra dengan panggilan cikgu Mala.

Turut hadir dalam penamaan calon tersebut adalah Tuan Presiden, Timbalan Presiden dan ahli-ahli parlimen serta ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat.

Comments