Gambar Mangsa Kemalangan Langgar Lari








Kemalangan ini berlaku jam 7.30 pagi tadi berdekatan dengan Terminal Bas Melaka Sentral yang melibatkan sebuah motosikal dan pejalan kaki telah dilanggar oleh sebuah kereta sebelum kereta tersebut meninggalkan lokasi tersebut.

Mangsa yang menunggang motosikal adalah seorang lelaki manakala mangsa pejalan kaki dalah seorang perempuan. Motosikal mangsa tercampak ditengah-tengah pembahagi jalan manakala mangsa pejalan kaki juga dikatakan patah kaki.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Melaka yang terletak kira-kira 800 meter dari tempat kejadian untuk menerima rawatan. Kemalangan tersebut turut menyebabkan kesesakan yang seketika kerana sikap pengguna jalan raya yang ingin melihat kejadian.

Comments

Unknown said…
MasyaAllah...tinggal macam tu je??
ye.. kene tggl kat tgh divider