Utusan dan UMNO Mempolitikkan Kes Pembunuhan Sosilawati


Desakan Ketua Penerangan Umno Selangor supaya polis mengambil tindakan ke atas portal berita TV Selangor milik kerajaan negeri timbul daripada sikap negatif dan kebencian terhadap Pakatan Rakyat sehingga mahu menyekat dan mengekang usaha media membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau kesal sikap yang ditunjukkan oleh Abdul Shukor Idrus kerana dilihat menghalang usaha murni TV Selangor membuka ruang diskusi berhubung bukan sahaja berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau tetapi juga mengenai masalah jenayah berat yang semakin membimbangkan masyarakat.
"Ketika saya ditemubual oleh TV Selangor apa yang saya katakan selari dengan komen Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar iaitu sekiranya pihak polis sedari awal lagi telah menyiasat beberapa kes yang berhubungkait dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati sudah tentunya beliau tidak dibunuh. Apa yang saya persoalkan sama seperti apa yang dikatakan Tan Sri Ismail.
"Media hanya timbulkan persoalan samada ada 'cover up' atau wujud elemen rasuah mengapa kes-kes terdahulu tidak disiasat secara mendalam dan terperinci walhal laporan polis adalah terhadap suspek yang sama yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Sosilawati," tegas Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau berkata pemimpim Umno dan media milik parti itu, Utusan Malaysia seolah-olah ingin mempolitikkan kes pembunuhan usahawan wanita tersebut dan bukan megambil peranan pro-aktif sebagaimana TV Selangor untuk mereda atau menurunkan kadar jenayah.
Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeru Kuang mendesak TV Selangor disiasat kerana didakwa menyiarkan laporan mempersoalkan kewibawaan pihak polis berhubung siasatan terhadap suspek utama pembunuhan Sosilawati.
Beliau mendakwa kenyataan Shamsul yang disiarkan portal berita itu telah menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta mengganggu prosespenyiasatan.
Sehubungan itu laporan akhbar yang sama pada 16 September juga memetik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang bercadang memanggil Shamsul berhubung komen beliau yang disarkan TV Selangor.
Namun Shamsul berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk menyaman Khgalid kerana kenyataan beliau telah mencalar kredibililitinya sebagai Ketua AMK dan seorang peguam.

Comments