Maut Jatuh Bangunan

MAYAT Nicole John yang meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan Herald Towers di Manhattan, New York kelmarin dibawa keluar ke sebuah hospital untuk proses bedah siasat.


Seorang gadis yang merupakan anak perempuan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Thailand ditemui mati terjatuh dari ketinggian 25 tingkat sebuah pangsapuri di Manhattan kelmarin.
Pesuruhjaya Polis New York, Raymond Kelly memberitahu, Nicole John (gambar kecil) yang berusia 17 tahun terjatuh kira-kira pukul 4.15 pagi (waktu tempatan) dari tingkat teratas pangsapuri Herald Towers di sini setelah dipercayai membuka kasut dan berjalan keluar ke birai tingkap.


Mayat Nicole ditemui pada anjung tingkat tiga bangunan sama setelah orang ramai di seberang jalan menghubungi polis apabila melihatnya terjatuh dan setakat ini, kematian gadis itu yang menetap di sini dipercayai merupakan satu kemalangan.
Polis berkata, Nicole mengambil minuman keras semasa insiden berlaku manakala rakannya, Ilan Nassimi, 25, yang menyewa pangsapuri itu ditahan pada hari yang sama kerana didakwa melakukan hubungan yang menyalahi undang-undang dengan seorang gadis bawah umur.
Bapa mangsa, Eric John dilantik sebagai Duta AS ke Thailand pada 2007. 
Sumber: AP

Comments