Husam Pilihan Rakyat Selepas TGNA

Siapakah yang akan menjadi pengganti selepas Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) di Kelantan? Hanya rakyat yang dapat menentukan dan sudah ada yang menduga siapakah pengganti TGNA. Husam Musa merupakan calon yang sesuai bakal menggantikan TGNA dalam pentadbiran negeri Kelantan pada masa akan datang.

Adakah nama-nama yang lain tidak layak dalam pentadbiran untuk menggantikan TGNA sebagai contoh Nik Amar atau sesiapa sahaja? Mengapakah Husam menjadi pilihan rakyat Kelantan pada masa akan datang? Adakah kerana paling dekat dengan TGNA atau sebaliknya?

Persoalan ini masih lagi belum terjawab sehingga ke hari ini. Mengapa ada seorang blogger yang sebelum ini sering mengecam serta mengkritik Husam sehingga berlaku kekecohan yang melibatkan menantu TGNA dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Blogger tersebut yang dulunya kecoh dengan isu RM 4juta kini berdiam diri dengan seribu bahasa mengenai isu menjatuhkan Pak Lah mengatakan Husam cuba membodek TGNA untuk kedudukan pada masa akan datang.

Namun hari ini rakyat telah menilai siapa sebenarnya Husam dan mereka yakin bahawa Husam adalah calon yang sesuai dalam mentadbir negeri Kelantan selepas TGNA. Husam mempunyai ciri-ciri yang sesuai dalam mentadbir negeri Kelantan dan mempunyai karisma serta perwatakan yang tersendiri.

Comments

Istiqomah said…
Husam bagi upah ke.....
Abu Adham said…
to mr err

kami anak perantau tak mai la , upah upah hanya nak angkat seorang pemimpin yang ikhlas.
to mr Err

Apa barang men upah2 ni.. ingat ni UMNO ke?