Hampir Putus Kemaluan

Tidak diketahui apa puncanya, seorang lelaki hampir kehilangan alat kelaminnya apabila dia menjadi mangsa serangan empat lelaki tidak dikenali menggunakan parang dalam kejadian di hadapan rumahnya di Sungai Jelok dekat sini baru-baru ini.
Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, semasa kejadian pada pukul 12.30 malam, suaminya yang berusia 49 tahun ketika itu membuka pintu pagar rumah untuk membawa masuk anjing yang dipelihara mereka.
"Ketika membuka pagar rumah, empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal bertopi keledar dan membawa parang menyerang suami saya," kata wanita itu ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Menurut wanita itu, dia hanya menyedari serangan itu selepas mendengar suaminya menjerit meminta pertolongan.
"Saya kemudian menjenguk keluar rumah dan nampak bagaimana suami diserang sebelum keempat-empat suspek itu melarikan diri manakala suami saya pula rebah," kata wanita itu.

Comments