Gambar UMNO Salah Guna Harta Kerajaan Negeri

Gambar ini menunjukkan bagaimana UMNO menggunakan harta kerajaan demi kepentingan politiknya. Air minuman diedarkan kepada mereka yang datang ke ceramahya adalah tertera lambang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Sekiranya air mineral itu berlogokan keris, itu tidak kisah kerana logo itu melambangkan parti UMNO sebaliknya tertera logo MBMB. Penyalahgunaan ini membuktikan UMNO cukup terdesak dalam meraih undi terutamanya orang Melayu.

Air minuman itu diedarkan ketika UMNO mengadakan ceramah mengganggu ceramah anjuran PAS bertempat di Paya Dalam pada 28 Julai 2010. UMNO sememangnya perangai seperti budak-budak yang belum mumayiz kerana sering mengganggu ceramah umum PAS ataupun Pakatan Rakyat.

Sudah tiba masanya SPRM menyiasat kerajaan UMNO Ali Rustam yang terang-terang menyalahgunakan harta kerajaan negeri tatkala rakyat yang menanggung cukai yang naik kian melampau akibat kezaliman pemerintahan UMNO/BN.


Comments