Batal Bersanding, Rumah Terbakar


NAZIRAH menenangkan ibunya, Pisah Awang Had yang sedih melihat rumah mereka yang musnah dalam kebakaran di Kampung Tualang Rendah, Selising, Pasir Puteh semalam.


Nazirah Yusoff, 28, dan Azahari A. Rahman, 34, sepatutnya bersanding di atas pelamin semalam tetapi terpaksa dibatalkan setelah rumah pengantin perempuan hangus dijilat api di Kampung Tualang Rendah, Selising kelmarin.

Bapa Nazirah, Yusoff Mat Dam, 63, berkata, majlis perkahwinan anaknya yang bernikah pada malam sebelum kejadian terpaksa dibatalkan kerana kelengkapan perkahwinan termasuk baju bersanding, barang hantaran dan barang kemas hangus dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu.

"Kebakaran itu disedari oleh salah seorang anak lelaki saya apabila terasa bahang panas dari bawah rumah yang turut menempatkan kayu api untuk memasak gulai kawah kenduri.

Comments