Keputusan Penuh Liga Super 4 Mei 2010

Kedah 4 vs Terengganu 0

Di Stadium Darul Aman, pasukan tuan rumah menundukkan pasukan tangga kedua liga super iaitu Terengganggu dengan jaringan besar 4-0. Gol-gol kedah dijaringkan pada minit ke-45', 49', 68', 79'. 

Dalam perlawanan ini seorang pemain Terengganu dilayankan kad merah kerana mengasari pemain Kedah pada minit ke-77.

Perak 0 vs KL Plus 1

Di Stadium Ipoh, pasukan tuan rumah tewas tipis kepada KL Plus dengan jaringan 0-1. Gol KL Plus hadir pada minit ke-90 iaitu pada babak terakhir perlawanan.

Pulau Pinang 1 vs Kuala Lumpur 0

Di Pulau Pinang, pasukan tuan rumah berjaya menewaskan pasukan ibu kota dengan ajringan tipis 1-0 hasil jaringan pada minit ke-68 separuh masa kedua.

Johor FC 1 vs Selangor 3

Selangor menjarakkan diri mereka untuk terus berada di puncak liga dan diekori rapat oleh Kelantan yang juga turut menang pada malam ini menewaskan Pahang. Selangor berjaya menewaskan Johor FC di tempat lawan dengan jaringan 3-1.

Gol-gol Selangor dijaringkan pada minit ke-43', 75', 87' dan gol tunggal Johor FC dijaringkan pada minit terakhir perlawanan.

Kad merah turut dilayangkan kepada pemain Selangor yang mengasari pemain Johor FC pada minit ke-58.

Perlis 4 vs Johor 2

Perlis juga turut mengutip tiga mata penuh menewaskan Johor 4-2 di Kangar. 
Gol-gol Perlis dijaringkan pada minit ke-15', 49' (pen), 58', 90' manakal gol-gol Johor dijaringkan pada minit ke-52 dan 66.

Kad merah turut dilayankan kepada pemain Johor kerana mengasari pemain Perlis pada minit ke-84.

Kelantan 2 vs Pahang 1

Di Stadium Sultan Mohammad ke-4, pasukan tuan rumah Kelantan berjaya menewaskan pasukan dari senegeri Pantai Timur dengan jaringan tipis 2-1.

Pada Separuh masa petama Kelantan berjaya menjaringkan gol pada minit k-43. 

Tujuh minit selepas separuh masa kedua, Pahang berjaya menyamkan kedudukan pada minit ke-52 dan gol kemenangan Kelantan hadir pada minit ke-71 sekali gus melonjakkan pasukan Kelantan ketangga kedua menyingkirkan Terengganu pada malam ini yang tewas kepada Kedah.

Comments

tuan director said…
go go go perlis