Boleh Je KTM Buat Gerabak Khas Wanita

Tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam di negara ini.

Ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah gangguan seksual kepada penumpang wanita.

Langkah itu menepati syariat Islam yang meletakkan wanita di tempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaik-baiknya.

Gerabak khas itu boleh dikenal pasti melalui pelekat berwarna merah jambu yang ditampal di setiap cermin tingkapnya dan terdapat juga kain rentang yang dipasang di setiap platform selain pengumuman mengenai pengasingan gerabak itu dibuat di beberapa stesen. 
Akhirnya ramai yang bersetuju dengan tindakan KTM dan cuma pemerintah sahaja yang menggangap ini sukar dengan memberika pelbagai alasan. Cuba tengok gambar di atas tanda Please! satu gerabak untuk wanita.. ok

Comments