Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Sunday, 28 March 2010

Video: Melaka Maju Dengan Gejala Sosial


Inilah realiti yang berlaku di malam minggu di negeri 1Melaka. Gejala mat motor yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang lain turut mengundang bahaya.

Video ini dirakam ketika kumpulan mat motor atau rempit ini sedang melakukan aksi merempit dalam sekitar jam 1 pagi. Laluan yang sering digunakan mereka adalah bermula di dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hingga ke lampu isyarat ke hospital Melaka.

Bukan itu sahaja, aksi-aksi mat drift pun turut serta dalam membuat rempitan malam minggu. Ke mana perginya pihak berkuasa yang diwar-warkan telah dinaikkan gaji sehingga satu angka yang boleh dianggap selesa?

Semakin hari semakin melampau keadaan mereka ini. Cuba tengok aksi mat motor yang menyalahgunakan kenderaannya. Motor yang ada dua tayar mahu diangkat tayarnya satu lagi. Macam-macam hal yang berlaku di bawah negeri pimpinan Ali Rustam.

Mana perginya tema hidup melayu? Atau mahu tunggu anak muda Melayu mati kerempitan ketika beraksi di medan jalanan. Patut ada rasa malu. Kejadian kerempitan ini berlaku betul-betul MBMB. Tapi tiada tindakan yang diambil. Tahniah Melaka Maju 2010. Teruskan budaya kerempitan sempena kesukmakan tahun ini di Melaka.

0 comments: