Mayat Anak Dengan Ibu Ditemui Selepas Empat Hari Kemalangan


LOKASI mayat salah seorang mangsa ditemui selepas empat hari mereka terlibat dalam kemalangan di Hulu Selangor semalam.


Misteri kehilangan dua beranak selepas keluar dari rumah mereka di Cheras Sabtu lalu terjawab apabila kedua-duanya ditemui mati selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 417, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan di sini semalam.

Mayat M. Margaret, 34, dan anaknya yang berusia setahun, J.R. Ezekiel Shammah ditemui di dalam gaung sedalam 30 meter.

Teman lelaki Margaret, T. Silvakumar, 23, yang memandu kereta jenis Myvi itu bagaimanapun terselamat dan dirawat di Hospital Ipoh, Perak.

Malangnya, ketika ditemui oleh peronda lebuh raya pada hari kejadian di atas jalan selepas dapat merangkak dari gaung itu, Silvakumar yang cedera parah di kepala tidak mengingati apa-apa menyebabkan mayat dua beranak itu gagal ditemui lebih awal.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Comments

razak said…
apa punya polis dah siasat semasa kejadian. takkan tak siasat seluruh kawasan kejadian. polis malaysia memamang separuh masak dah. kalau ceramah pembangkang atau perhimpunan aman dia orang yang lebih.