Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Wednesday, 21 October 2009

Kenapa Bukan Sekarang Tapi Tahun 2011?


Apakah sikap kerajaan mahu melengah-lengahkan Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik Inggeris (PPSMI)? Kenapa perlu tunggu sampai tahun 2011 dan bukannya sekarang? Kerajaan masih bertindak dalam keadaan ketakutan dalam memansuhkan PPSMI yang mana sebelum ini rakyat telah menolaknya pada demonstrasi membantah PPSMI pada 7 Mac 09.

Ini kata-kata Muhyiddin kepada media. "Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI. – Utusan 21/10/09

Kenapa perlu ada masa untuk pelajar tahun 1 iaitu pada 2011 dan bagi pelajar tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 pada tahun 2012? Kenapa tidak diselaraskan terus supaya proses pemansuhan berjalan dengan serentak? Adakah kerajaan masih sayang untuk menghapuskan PPSMI ini?

0 comments: