Calon PAS Menang Tanpa Bertanding Di Permatang Pasir?

Kalau diikutkan sepatutnya calon PAS boleh dikira menang tanpa bertanding kerana calon dari BN telah pun diisytiharkan pecah amanah oleh majlis peguam. Tetapi undang-undang Negara dikawal oleh BN maka BN menghalalkan calonnya yang haram itu untuk terus bertanding.


Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kasevan mengesahkan calon BN untuk Pilihan Raya Kecil N.11, Rohaizat Othman telah disingkirkan dari Majlis Peguam kerana kesalahan pecah amanah yang dilakukannya.


Calon itu juga dinafikan haknya untuk menjadi peguam kerana terlibat dengan kes penyelewengan berjumlah RM 140 ribu milik Koperasi Pekebun Getah. Rohaizat sendiri yang melakukan kesalahan tersebut dan bukannya rakan kongsi firma guamannya seperti didakwa. Lesennya ditarik balik.


Rohaizat melakukan kesalahan dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah lakun dan tindak tanduk peguam. Hak Rohaizat untuk menjalankan kerja guaman telah dibatalkan sejak 7 Mac 2008 sehari berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Rohaizat merayu ke atas keputusan Majlis Peguam itu di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu namun ia ditolak.


DUN N.11 Permatang Pasir mempunyai 20 290 pengundi termasuk seorang pengundi pos dan daripada jumlah itu 72.36 % adalah pengundi Melayu, 25.85% Cina, 1.63% India dan 0.16% lain-lain keturunan.

Comments

BUJANG SUSAH said…
Assalamualaikum...mohon copy bro.. selamat menyambut ramadhan al-mubarak
stones said…
salam ukhwah dari saya dan selamat menyambut ramadhan al mubarak...nak tanya satu soalan sahaja ana punyan blog template sama macam anta macam mana nak buang undefined jenuh try tak berjaya tolong bagi idea