1Malaysia Untuk Melaka

Melaka akan jadi negeri maju pada tahun 2010 berkata Ali Rustam. Namun adakah negeri sahaja yang maju? Bagaimana dengan rakyatnya? Jika negeri sahaja maju tetapi rakyat mundur samalah sepeti istilah cantik pada luaran tapi gila.

Hanya pemimpin UMNO sahaja yang syok sendiri. Berkata PM 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Namun slogan ini untuk rakyat atau untuk UMNO? Slogan ini sesuai ditukar kepada “Rakyat Didahulukan Untuk Ditipu, Pencapaian BN Lebih Diutamakan”.

Maka pemimpin UMNO perlu sedar dari mimpi yang siang dan jangan mengigau di malam hari. Jangan hanya memenuhi kantung poket dengan hasil projek untuk kepentingan peribadi namun kepentingan rakyat diabaikan. Maka UMNO akan tunggu kejatuhan yang dahsyat setelah rakyat celik akan kerakusan mereka merampas kepentingan rakyat.

Slogan yang sesuai untuk 1Malaysia ialah “BN Didahulukan Meninggalkan Politik, Pencapaian Rakyat Mencapai Kemerdekaan”.

Comments