Siri 5 PKFZ: Saman PwC

Sebenarnya apakah motif pihak-pihak tertentu yang turut disebut dalam laporan berkenaan mahu menyaman PwC. Sekiranya mereka berada di pihak yang benar dan tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti, maka mereka tidak perlu berbuat demikian.

Lagipun kes ini sudahpun dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan mungkin laporan polis mengenainya akan dibuat memandangkan kemungkinan terdapatnya elemen jenayah dalam urusniaga tertentu projek ini.

Dengan menganggap kedua-dua badan ini akan menjalankan penyiasatan dan memberkas dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan, maka mereka yang merasakan yakin berada di pihak benar dan tidak ada-ada apa yang perlu disembunyikan dan tidak menerima sebarang keuntungan peribadi yang tidak sepatutnya tidak perlu merasa bimbang atau perlu mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah tunggu dan lihat dan tidak ada sesiapa yang perlu takut kepada bayang-bayang. Mungkin mereka yang menjadi petualang kepada kemelut membabitkan wang awam ini tidak menyangka segala kemungkaran ini akan terbongkar juga. Tetapi itulah, pelik tetapi benar bahawa kemungkaran ibarat bangkai yang lambat laun akan mengeluarkan bau busuk juga.

Comments