Siri 3 PKFZ: Percanggahan Kepentingan

Sebaik sahaja laporan yang disedikan oleh firma perakaunan Pricewaterhouse Coopers (PwC) dikeluarkan untuk tatapan awam yang turut mengkaitkan percanggahan kepentingan melibatkan pemimpin BN, sudah ada nada-nada yang mempertikaikan laporan berkenaan kerana kononnya ia bersifat memudaratkan pihak tertentu.

Antara paling awal yang mengeluarkan kenyataan kemungkinan menyaman PwC adalah Kuala Dimensi Sdn Bhd, syarikat pemaju projek PKFZ tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Wijaya Baru Global Berhad, sebuah lagi syarikat yang dalam laporan tersebut, Dato' Faizal Abdullah pula, berkata PwC membuat komen bersifat nakal mengenai peranan KDSB dalam projek PKFZ.

Faizal dipetik sebagai berkata, "Laporan PwC yang banyak menggunakan perkataan bersifat andaian seperti 'mungkin', 'difahamkan' dan 'ada kebarangkalian' menunjukkan seolah-olah ada unsur penipuan dalam urusan pembelian tanah antara KDSB dan Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad (KPPLB) ... Ini bukan saja menjejaskan projek PKFZ yang kini dijauhi pelabur, malah perniagaan lain WBGB terkena tempias dan terjejas akibat kemelut ini ..."

Terdapat juga syarikat yang turut sama disebut dalam laporan ini yang dikatakan sedang mengkaji untuk menyaman PwC atas dasar tanggungan atau liabiliti pihak ketiga.

Comments