Siri 1 PKFZ: Dari RM2billion kepada RM12bilion?

SUKAR untuk difikirkan bagaimana perbelanjaan modal (capital expenditure) yang asalnya dibajetkan untuk RM2 bilion akhirnya berpotensi melonjak ke paras melepasi paras RM12 bilion.

Memang pelik. Tapi itulah yang bakal berlaku ke atas Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), sebuah agensi kerajaan Persekutuan di kuasai Umno-BN akibat penglibatannya secara langsung dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dan oleh kerana LPK adalah sebuah agensi kerajaan Persekutuan, maka segala lialibitinya sudah tentu akan ditanggung oleh kerajaan lalu justeru tidak mustahil wang sebanyak RM12 bilion ini juga akan dibayar oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan Kerajaan Persekutuan.

Comments