BN Lambat dan Lembab

Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd Salleh menegaskan suasana ekonomi negara yang lembap sekarang berpunca dari tindakan lambat kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ia seolah-olah menggambarkan bahawa kerajaan BN tidak mampu untuk mengurus dan menghadapi kesan kelembapan ekonomi dunia yang semakin mencengkam kehidupan masyarakat bawahan.

“Keadaan ekonomi yang semakin teruk akan menjerumuskan negara ke dalam keadaan tidak menentu jika tidak ditadbir dengan baik.

“Oleh itu, kerajaan BN haruslah menerima pandangan Pas untuk mencari penyelesaian yang perlu dan berkesan,” katanya pada sidang media selepas sesi Ucapan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat di sini semalam.

Sumber: Sinar Harian

Comments