Klik bagi pembesaran imej
Sidang DUN Melaka bagi persidangan kedua penggal kelima berlangsung hari ini sehingga 4 Julai 2012. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan adalah merupakan soalan lisan dan soalan bertulis. Aku merujuk soalan lisan yang dikemukan oleh salah seorang pemerhati yang masuk ke dewan pagi tadi kepada aku mengenai soalan yang akan diajukan oleh ADUN Rim.
Masihkah anda ingat tentang skandal ADUN Rim? Jika anda sudah lupa, akan dipanaskan semula isu berkaitan ADUN yang masuk kelab malam pada sekitar hujung bulan Mac 2012 yang lalu. ADUN itu katanya memegang portfolio agama dan dari UMNO pembela agam, bangsa dan negara tetapi masalah moral tidak dapat dibendung.
Tidak perlu aku ulas panjang cuma aku ingin rungkai soalan lisan yang akan diajukan nanti kepada sidang DUN dan jika berkesempatan ditanya kepada YAB Ketua Menteri kerana kebiasaannya soalan ini tidak dapat dihabiskan dalam waktu yang singkat ini.
Melucukan soalan ADUN Rim ini ialah soalan berkaitan moral iaitu gejala sosial belia yang semakin hari hari semakin tidak bermoral. Adakah belia sahaja yang tidak bermoral dan lupakah kes anda masuk kelab malam tempoh hari? Mahu salahkan belia lagi?
Berikut ialah link untuk tatapan pembaca mengenai salah laku ADUN Rim
Comments