PM Romania Letak Jawatan


BUCHAREST 16 Jan. - Perdana Menteri Romania, Mihai Tudose meletak jawatan semalam selepas parti beliau, Parti Sosial Demokrat (PSD) menarik balik sokongan ke atas pemimpin itu sebulat suara, perdana menteri kedua disingkirkan dalam tujuh bulan.

Ketegangan antara Tudose yang dilantik Jun lalu dan pemimpin berpengaruh PSD, Liviu Dragnea tercetus minggu lalu apabila perdana menteri itu meminta menteri dalam negeri yang rapat dengan Dragnea meletak jawatan.

Pengundian melibatkan 67 anggota jawatankuasa eksekutif PSD dilihat memihak kepada Dragnea yang sebelum ini turut menggugurkan perdana menteri terdahulu, Sorin Grindeanu selepas mengusulkan undi tidak percaya pada musim panas lalu.

REUTERS

Comments