HRPZ 2 Banjir


Hujan yang turun berterusan dengan kadang-kala lebat sejak pagi mengakibatkan pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dilanda banjir kilat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, pekarangan wad di bangunan lama HRPZ II itu dinaiki air banjir setinggi 30 sentimeter atau sehingga paras betis.

Operasi hospital tidak terjejas cuma orang ramai perlu meredah air banjir tersebut untuk berurusan.

Jurucakap HRPZ II berkata, hujan lebat mengakibatkan air naik sebelum kembali surut selepas lebih tiga jam dan operasi hospital tidak terjejas.

Katanya, beberapa wad di bangunan itu yang turut menempatkan Wad Kanak-kanak dan Unit Forensik dilanda banjir kilat namun semua pesakit tidak dipindahkan.

Disebabkan hujan berterusan itu juga, beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu dilanda banjir kilat di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Peringat.

Comments