AMANAH Pilih Kuala Krai, Bachok Serah Kepada BERSATU


Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan mahu mempertahankan kerusi parlimen Kuala Krai dan bersedia menyerahkan parlimen Bachok kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi AMANAH negeri Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, pembahagian kerusi parlimen di Kelantan sudah selesai dan partinya memilih Kuala Krai sebagai pilihan kelima daripada lima kerusi yang diperuntukkan.

"Kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah buat keputusan dan AMANAH akan bertanding di Kuala Krai, manakala Bachok diserahkan kepada BERSATU," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, pada Konvensyen HARAPAN minggu lalu AMANAH Kelantan dilaporkan akan bertanding di lima kerusi parlimen Kelantan.

Comments