Ajaib: UMNO Salahkan SKMM Guna Wang Rakyat


Georgetown: UMNO Pulau Pinang mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibubarkan kerana gagal memainkan peranan mengawasi penularan fitnah dan hasutan di internet yang boleh mencetuskan perbalahan kaum serta agama. 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata kewujudan SKMM tidak membawa sebarang fungsi kerana sehingga kini tiada pihak atau individu didakwa di mahkamah walaupun mempunyai bukti untuk kesalahan itu. 

Beliau berkata, kuasa terhadap SKMM yang diperuntukkan menerusi undang-undang tidak digunakan menyebabkan organisasi berkenaan dilihat gagal walaupun laporan sudah dibuat oleh pelbagai pihak. 

Rugikan wang rakyat 

“Kalau tidak boleh mengawasi dan mengambil tindakan ke atas pihak yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama dalam internet atau laman sosial, lebih baik SKMM dibubar saja. 

“Kewujudan badan sebegini hanya akan merugikan wang rakyat kerana tidak berfungsi mengikut matlamat yang ditetapkan pada awal penubuhannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

BH

Comments