Sami Dibakar


BANGKOK: Seorang lelaki memakai pakaian sami dibakar seorang lelaki yang dipercayai sakit mental di tempat menunggu bas di Tugu Kejayaan pada awal pagi, semalam.

Mangsa, Yanyong Ithikul, 60, melecur teruk apabila polis menemuinya dan terus dibawa ke hospital.

Seorang pembersih jalan yang menyaksikan kejadian itu pada jam 5.30 pagi itu memberitahu polis, sami itu tidur bersebelahan seorang lelaki di tempat menunggu bas. 

“Tidak lama selepas itu, lelaki itu bangun lalu membakar kain sami itu dan terus melarikan diri,” katanya.

Polis berkata, mereka kini melakukan siasatan sama ada mangsa benar-benar sami kerana kenyataan yang diberikannya kepada pegawai penyiasat menimbulkan keraguan.

“Lelaki itu berkata dia dalam perjalanan ke Bangkok dari sebuah kuil di Yala. 

“Dia juga mendakwa kad pengenalannya terbakar,” kata polis. - BP

Comments