Sunday, 12 August 2012

Isteri Ahli Politik Bunuh Peniaga


HEFEI (China): Isteri kepada bekas ahli politik China, Bo Xilai yang kejatuhannya menggemparkan parti pemerintah negara itu, mengakui membunuh ahli perniagaan Britain dan menyalahkan tindakannya itu akibat tekanan mental, kata media kerajaan semalam.

Gu Kailai dalam perbicaraan di mahkamah di sini, memberitahu dia meracun Neil Heywood selepas dilanda ketakutan bahawa anak lelakinya dalam bahaya, lapor agensi berita Xinhua, lebih daripada sehari selepas perbicaraan itu selesai.

Bekas peguam ternama itu berkata, dia akan “menerima dan menghadapi dengan tenang sebarang hukuman” yang dijatuhkan mahkamah selepas perbicaraan selama tujuh jam dalam satu daripada kes berprofil tinggi dalam sejarah negara itu.

Keputusan akan diumumkan dalam tempoh terdekat, mungkin selepas beberapa hari atau minggu dan sementara pembunuhan membawa hukuman mati di China, pakar berkata, Kailai mungkin bebas daripada hukuman itu, sebaliknya berdepan hukuman penjara untuk tempoh yang lama. - AFP

0 Komen: