Tuesday, 10 July 2012

Komputer Boleh Bawa Maut



SINGAPURA: Seorang pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) yang berusia 25 tahun ditemui mati di sebelah mejanya selepas bermain permainan komputer semalaman, lapor Shin Min Daily, semalam.

Mayat pelajar tahun tiga, Xu Kaixiang ditemui rebah di lantai bersebelahan komputer yang masih dibuka di kediamannya Ketika diwawancara akhbar, bapanya berkata, anak lelakinya memerap di rumah bermain komputer sejak akhir-akhir ini kerana dia tidak perlu menghadiri kuliah kerana sedang bercuti.

Xu berkata, anak lelakinya kadangkala meluangkan masa sepanjang malam bermain permainan komputer.

“Ketika saya bersedia untuk tidur kira-kira jam 1 pagi, saya lihat dia di depan komputer. Ketika saya dan isteri bangun pada jam 6.45 pagi, kami lihat dia berbaring di lantai ruang tamu dengan komputer masih dibuka,” katanya. 

Shin Min Daily

0 Komen: