Video: Polis Pembunuh atau Provokasi BERSIH 3.0


Pihak polis sepatutnya menyiasat kejadian langgar maut yang berlaku berdekatan dengan Sogo melibatkan sebuah kenderaan polis. Adakah kemalangan itu sengaja dirancang oleh pihak tertentu untuk membuktikan bahawa peserta BERSIH 3.0 itu ganas?

Setahu aku peserta BERSIH 3.0 tidak ganas sehinggalah pihak polis menunjukkan dajalnya selepas jam 3.05 petang yang bermula di Dataran Merdeka. Cecair kimia telah dimuntahkan dari trak dan ceacir 'water canon' telah menyiram para peserta BERSIH 3.0.

Ketika peserta cuba menyelamatkan diri, tiba-tiba ada asap berdekatan dengan dataran DBKL sedangkan jarak antara pihak FRU dengan peserta jauh dan bagaimana peluru asap itu tiba-tiba muncul dan adakah ini untuk 'membunuh' peserta.

Jika pihak polis lakukan demikian ia tindakan kejam dan makan hasil haram dengan kaedah menganiaya orang ramai. Ia ibarat berada di Tel Aviv.


Comments