Bekas Pemain Liga Super Kelantan Maut Kemalangan


Bekas pemain bola sepak Kelantan musim 2008, Mohd. Saufi Sa'idi, 24, maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer Empat, Jalan Tebing Tinggi, Gong Kulim, Pasir Puteh malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Mohd. Saufi meninggal dunia di Hospital Tengku Anis selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ketika kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terbalik ketika dalam perjalanan ke Tok Bali, Pasir Puteh.

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Anis," katanya ketika dihubungi sini, hari ini. 

Comments