Tuesday, 7 February 2012

Perdana Menteri Kecewa Rahsia Bocor



Najib kecewa bahawa rahsia untuk pilihan raya umum telah bocor dan memberi amaran serta mengarahkan pegawai tentera dan menterinya menutup mulut selepas membocorkan terlalu banyak maklumat. Betul ke Najib marah ni? Takut betul dia dengan pilihan raya?

Oop.. Bukan isu pilihan raya ke? Habis tu Perdana Menteri marah pasal apa?  

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberi amaran kepada pegawainya supaya berhenti bercakap mengenai kemungkinan menyerang tapak loji nuklear Iran, lapor akhbar Maariv, semalam.

Media melaporkan, Netanyahu mengarahkan pegawai tentera dan menterinya menutup mulut selepas membocorkan terlalu banyak maklumat kemungkinan serangan itu kepada pihak lain.


Maariv melaporkan, amaran Netanyahu diberi ketika dia bermesyuarat dengan menteri daripada Parti Likud kelmarin.

“Berhenti mendedahkan maklumat sulit kerana ia memberi kesan buruk, selain merosakkan sekatan dikenakan AS dan Eropah ke atas Iran,” katanya.

Sumber Maariv berkata, Israel bimbang dilihat mengheret AS ke kancah perang dengan Iran secara paksa dan membahayakan kepentingan negara itu. - AFP

0 Komen: