Saturday, 4 February 2012

Nak Tau Pilihan Raya Umum ke-13?


Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung dalam masa terdekat. Sumber telco juga buat masa ini sibuk memperingatkan orang ramai mengenai status daftar pengundi supaya mengemaskini maklumat kerana ia penting.

Selain itu, ada pemandu lori yang terlibat dalam kerja-kerja menghantar peti undi ke seluruh negara telah bergerak dan tidak pasti bila akan berlaku pilihan raya namun ia berkata dalam masa terdekat ini memandangkan kerajaan telah 'bekerja keras'.

Sekolah-sekolah juga telah dijelajahi oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengenal pasti bagi tempat pembuangan undi serta keselamatan peti undi dikawal rapi. Cuma belum diketahui bilakah akan berlakunya pilihanraya itu. diharap semua bersedia. 

0 Komen: