Gerai Makanan Atau Kandang Kera


Semasa Pilihan Raya Kecil N.27 Merlimau 2011, Timbalan Perdana Menteri ada berjanji dengan rakyat untuk membina taman kera. beruk ungka dan sebagainya. Namun, sehingga ke hari ini belum ada jawapan daripada pihak berkenaan mengenai status taman kera dan beruk ini.

Kijang59 diberitahu oleh teman bahawa gerai sementara untuk peniaga makanan adalah berjumlah RM200,000. Nilai itu ibarat membina sebuah banglo. Cuba pembaca tengok gerai makanan yang disangka sangkar beruk ini bernilai sebanyak itu.



Logikkah nilai sebesar itu hanya ada jaring dan kayu serta batu pasir sahaja? Kijang59 ingat itu taman kera dan beruk seperti yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri kesayangan kita, Abang Din anak Pak Yasin. Tetapi gerai makanan rupanya.

Mungkin harga diri orang melayu yang berniaga di situ ibarat seperti kera dan beruk dalam sangkar. Hinanya pemimpin UMNO/BN Melaka membina gerai sementara dan yang paling dipertikai ialah kos yang begitu besar dan tidak masuk akal.

Lokasi gerai sementara ini terletak di Ayer Keroh berdekatan dengan Muzium Lebah dan Taman Mini Malaysia dan Asean. Sangkar yang disangka tempat kera dan beruk rupanya gerai sementara peniaga menjual makanan. Itulah Melaka negeri Maju.

Sumber: Yusof Wahab

Comments