Muhyiddin Akui BN Berdiplomatik Dengan Israel?

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

"Barisan Nasional berasa amat kecewa (dengan kenyataan Anwar itu)," katanya.

Kerajaan, kata beliau, turut berasa amat kecewa dengan proses damai Israel dan Palestin yang telah berlangsung lama tetapi sehingga kini gagal mencapai objektifnya untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-dua pihak. - Muhyiddin


Adakah Muhyiddin bercakap ibarat seperti sudah nyanyuk bahawa kerajaan di bawah pemerintahan adalah kerajaan terbaik berdampingan dengan Israel dalam urusniaga dagangan pada tahun 2010 iaitu dalam bidang import, eksport dan dagangan seperti yang kita lihat di bawah ini.

Siapa dalam dan petualang mengkhianati orang Melayu dan rakyat sendiri di Malaysia? Adakah Israel yang jahat atau pemimpin-pemimpin di bawah kerajaan yang khianati?



Comments